CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 6, 2013

~Jeng Jeng Jeng~



 Hai...

Sesuatu akan berlaku dalam hidup i...nantikan ya....



Tuesday, July 31, 2012

~Ke Singapore Kita (siri 1)~

Helo frens..today i want to story mory about my vacation to Singapore..Cita dh lma, tp kn bru nk bjinak blik dgn blog neh..so, utk membanyakkan lagi entry i, let me cite pnglaman i yg lps²..

26-27 bln 5 ari tu ktorg b'3 mryp r ke Singapore..Plan x dijangka sebenarnya..mggu tu kn org gomen dh dpt gaji, so bosan pnye psl, dh lma xmrayap ktorg pn mrncg r nk bjln..rncg pnye rncg pnye rncg akhirnya ke singapore r menjadi pojaan hatiku...mencari r i hotel yg dekat dgn singapore tp jwpnnye mghmpakan..spe suh plan last minutekn..last² dpt r homestay kt nusajaya..tgk dlm peta dh dkt ngan singapore dh..smlm RM200.00..kre ok r kan..

So 26hb tu, ktorg grak dr serdang dlm kul 7.30pg..berhenti rehat kt RNR mana ntah, i pn lpa..smpi kt homestay tu dlm kul 2 lbih r..lmbt sbb sesat baratkn..so, berehat r kami kt homestay yg ad 3 blik tu..kul 3.00ptg ktorg kuar r knon² nk g singapore bwk keta..skali kna ikut checkpoint tuas da..pdhal org ckp ikut woodland lg snang..yg ktorg ni pn mneruskn r hajat nk bwk keta msuk singapore, lpas imigresen malaysia msuk plak imigresen singapore..pstu tercangak bangak xtaw nk bt ap..huhuhu..last² i dgn ramah tamahnya g r bertanya kt akk yg ad kt ctu gak..dia kta nk g orchard road, dgn lajunya mlut i mpelawa dri sndri utk memfolo keta dia dr blkg..so, smpi r kami ke orchard road..ohh lpa plak, kt sna smua keta kna ad card yg ala² touch n go tu..sbb byr parking kna gna kad tu, kluar dr singaporepn kna gna kad tu..pndek kta kad tu kna sntiasa ad suit..klu xde, bleh r men'topup' kad tersebut di kedai² yg terpilih..

Kt orchard road melambak² shopping mall..dh r tgh sale plak tuh (ke kt singapore tiap² hari sale)..b'pusing² bjik mata i tgk brg² dia...tp, hnya mampuku melihat je r..nk bli tp ksian plak kt mr. A i kna byr nt..tp dlm xnk bli tu smpt r i smbr Victoria Secret ngan Armani Code..TQ to mr. A, i xnk sbnrnya, tp bla dh dipksa, terpaksa r i amik gak..kang kcik ati mr. A..huhuhuhu..
Armani Code ni i lpe r hrga dia i lpe tp yg pstinya mmg lg mrahla klu dibandingkan dgn hrga kt kaunter..
Klu kt Malaysia hrga Victoria Secret ni paling murahpn i pnah bli RM50 tu pn kna bli 3 ke atas, tp kt sna hrga dia jd USD19 x RM2.48 = RM47.12..lpas mryp 2, 3 lgkah kt orchard road tu ktorgpn blik r (sbnrnye xbleh thn dh seksa mta i dr mlihat brg² yg i xdpt beli)..Cte blik tu nt i cte utk next entry plak ye..nt xbyk r enty i klu i abiskn cte ni..huhuhuhu..meh lyn gambar meh..zassss...

Welcome to Singapore..beria i nk amik gambar menda alah ni smata² nk bgtau 1 dnia yg i dh smpi singapore..gler ketinggalan zaman..org len dh 5,6 kli msuk singapore dh yg ko bru thgeh² nk tgkp gmbr menda alah ni..

Ni salah stu tmpt shopping dia..tp i malu nk tgkp gmbr byk kli kang org plik plak tgk i..

gmbr sbnarnya..tp smua mnyakitkan jiwa..maklum r org len tgkp gmbr pki dslr, yg ko pki r galaxy note ko tu..huhuhuhu...jmpa next entry ya..

Monday, July 30, 2012

~PAVLOVA katanya...~

Hai everibadi..

Hari ni i nak bgtaw kt u'olls yg i dh bjya bt pavlova..xde ssah mnepn..yg pnting kesabaran ye kwn²..meh i ajar, eceh..mcm r terer beno..Sblm tu i nk bgtaw mende pavlova tu..msti korg t'tnya²kn..

Pavlova (pav) adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. Jangan cuba-cuba nak lambung ye. Kang ada yang nangis berjurai air mata. :) Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. sedap wehhh!!tp yg ada kencing manis tu bkn xbleh mkn, bleh je mkn tp b'pada² r ekk..yg kncing xlawas tu bleh kot mkn..

Resepi i kopipes dr sini ekk..klu xmo bt, tmpah ngan diapn xper..Meh kta tgk ap jd dgn pavlova yg i bt..

Bahan-bahan :

- 4 biji putih telur
- 1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh cuka masakan
- 1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

- 1 cawan (240 ml ) whipping cream
- 1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
- 1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:-

Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

Sila r cek peralatan nk bt pavlova tu bebas dr air dan minyak ye..kang xjd plak meringue korg..

Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. krenye jd cmni r..

Pastu, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur..

Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.

Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Cer korg telangkupkan bekas meringue tu..klu x jtuh konpom jadi r tu..

Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.

Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak. pstu gna spatula utk bulatkan meringue tu..ala² camni haaa...

Masa membakar:-

Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias:-

Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental.

Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila.

Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Tp i ingkar, bab bt whipped cream 'its a failed' kgkwn..hahahaha..last² i g bli whipping cream yg dh siap tu..lg sonang!!

Sedia untuk ditelan...

So, ni r rupa pavlova i..tgk rupa pn taw sdap kn..kn..kn..komen datin lela psl pavlova yg i bt, xsdap ktanya, tp i tgk licin gak..mlu r tu nk ngaku ank dia lg pndi bt pavlova dr dia..huhuhuhu..k, sehingga kta btmu lg di lain masa dgn resepi yg berbeza...huhuhuhuhu..

Saturday, July 21, 2012

i'm back uollss...

Hai everibadi..

Selamat bersiaran kembali..dh setahun xhapdet blog..mcm2 perkara terjadi dlm hdup i..terlalu menyakitkan, tp laylakn kuat..chaiyok..chaiyok!!well, hdup kna diteruskn wlu beribu halangan melanda..

Alhamdulillah, i'm back to normal, even kdg2 pristiwa pahit tu tbyg2 kt kpla hotak i..berkat kesabaran i yg setipis kulit bwg neh i bjya mlalui khdupan yg mmeritkn tu..xprlu kot nk cite ap yg jd ngan i, byk pihak akn terluka nt..klu bleh i kongsi, i will story2 kt cni..tp bkn utk mengaibkn spe2, tp sbgai teladan n pnduan..eceh!!

Selamat berpuasa smua..trasa gnjil pose i thn neh, tp xper family i still ad..tmn tp msra i pn stia mnemani i..shbt2 sejati i pn msih ad lg support i, kgkwn yg mengeji tu jgn ckp r terlalu rmai sgt!!huhuhu..

So blog kli ni, i akn cite mnat i, hobi i, kgiatan hjung mggu i..of coz r tntg khidupan i yg xbest neh..berpadanan r dgn url blog i "seoranglayla.blogspot.com"..

Babai , nt i celoteh lg hokey..babai..

Tuesday, April 19, 2011

Andainya Lelaki Tahu......

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.


Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.


Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.


Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.


Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.


Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.


Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda.